Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, October 10, 2007

eh kome...kelas udah mule!!!

dh sampai masanya tuan empunye blog salam dari dimasyq meneruskan dan menyambung kembali kelas yg dh agak lama bercuti sepanjang musim panas baru2 ni..kepada penghuni-penghuni dan pengunjung2 blog salam dari dimasyq,kesempatan yg ada ni..mizi mohon jutaan kemaafan dari semua penghuni dan pengunjung blog ini..andainya banyak silap dan salah laku mizi dalam blog salam dr dimasyq ini,sempena hari raya aidilfitri ini juga..jutaan kemaafan dipohonkan agar semua kesalahan dan tingkah laku tuan empunye blog ini dgn semua pengunjung dan penghuni..

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin...

blog salam dr dimasyq tidak menarik sangat sbb tuan empunye blog ini xada byk pengalaman mengenai blog2 ni..terima kasih pd cikgu2 yg mengjar dan mendidik sehingga wujudnya satu blog yg bernama SALAM DARI DIMASYQ...blog ini akan berehat seketika dari cerita-cerita dan pengalaman yg ada..klu ada cerita2 yg kurang memuaskan bolehlah menghantar komen anda kepada blog ini..segala komen dan nasihat,blog ini akan terima dgn hati yg terbuka...

ampun maaf dipinta sempena hari raya ini...semoga kite tidak lupe pd mereka yg tiada dan mereka yg susah..hari raya hari bergembira..sama- sama kita raikan bersama dgn mereka yg tidak mempunyai ibu bapa serta mereka yg susah..i`allah kite semua akan mendapat keberkatan darinya..amin...

Tuesday, September 11, 2007

MB ganu kite PUeh!!!!


10.9.2007 isnin...

pueh..satu perkataan yg memang xpernah dgr sekali pun di telinga aku ni,PUEH adalah nama sebuah kampung di terengganu di kawasan ulu kuala berang..

kisahnya begini..

pada tarikh di atas,satu rombongan anak2 terengganu syria telah berangkat pergi ke amman.jordan untuk berjumpe dgn MB terengganu dato` idris jusoh dan rombongan2 nya.aku ber4 dari 2o rombongan anak treangganu syria(kpts) iaitu aku,mat kole,khair dan said...aku dan rombongan asalnya akan bertolak dr dimasyq jam 1ptg,oleh kerana perangai arab ni memang x berubah dari dulu kini dan selamanya yg menyebabkan rombongan anak2 terengganu tertangguh selama 1jam..janji lain buat lain..ini lah perangai arab..cerita sikit pasal perangai arab ni..ketua rombongan anak2 terengganu syria telah pun berjumpe dgn driver teksi untuk tempahan 5 teksi jordan untuk hari ini.(semalam tempah)..semua dh berjanji dgn 5 biji kereta dan harga yg murah,,harga asal dia nk 2700LS satu kereta dan bersetuju untuk mengambil rombongan di rumah persatuan(ppms)..tiba pada hari nk berangkat..arab tu dtg dgn sebuah kereta sahaja,bila di tye mana kereta selebihnya..dia menjawab..satu buah kereta naik disini(umah ppms) dan selebihnya naik di markaz sumariah(tempat bas)..dan satu kereta yg dtg tu dia nak ambil dgn harga yg sgt tgi sampai ke tahap 5000 satu kereta..ada ke patut janji lain nak ambil harga lain...ngok sungguh arab ni..tp xsemuanya ngok..itu lah perangai arab dari dlu kini dan selamanya..
perjalanan kami terpaksa naik di sumariah jgk di sbbkan perangai arab td..aku berttolak dr dimasyq jam 2.45ptg..untuk pengetahuan penghuni blog SALAM DARI DIMASYQ ini..aku dan rombongan pergi dgn 5buah teksi jordan..driver teksi kaki ` rempit` adalah driver teksi aku...hak hak..150km ooo...rombongan anak2 terengganu sampai di border amman jam 4,55ptg.paling awal adalah kereta aku...rombongan berada di border selama 2jam kerana ada jgk masalah2 kecil yg timbul..seterusnya menuju ke amman,sampai di amman jam 7,45mlm..kami berkumpul di abdali,betul2 depan tapak pasar bundle abdali..ketua rombongan mengambil 1 cosrter untuk ke hotel sheraton amman dgn bayaran 15JD,sampai je di ruang legar hotel sheraton..dah ramai anak2 terengganu jordan dan wakil2 embassy jordan berada di disitu..

program sepatutnya bermula jam 8mlm..oleh kerana MB PUeh lambat turun dr bilik maka terpaksa program mula jam 9,10mnt mlm...sebelum majlis bermula..semua diminta menjamu slera sebelum majlis bermula..best jgk mkn sbb ada masakan malaysia..fuh!!!

MB ganu yg pueh ni sempat berbual dgn mana2 student yg ada termasuk meja yg aku duduk..banyak soalan dan banyak songeh plak MB ganu ni..majlis pun berlangsung..banyak jgk soalan anak terngganu tye pada MB ni..masa ni lah MB tganu nak tipu anak perantauan pun..lps ni dia lah plak kena `kencing`..huh..siap ko MpuehB !!!mana soalan yg anak terengganu ajukan pada dia..semua dia putar belit mcm `ular salin kulit`.dah memang kaki penipu dri dulu lg..kebanyakn soalan berkenaan dgn zakat anak2 terengganu di perantauan...alasan dia,mana2 anak2 terengganu yg belajar di luar negara di uneversiti tanpa iktiraf di malaysia tdk berhak terima zakat terengganu..ini lah kerajaan zalim di zaman sekarang..menyampah tul lah dgn MB deris jusoh ni..moga2 tahun depan bertukar MB di terengganu yg perihatin pada pelajar agama di luar negara..

ramai jgk yg dtg majlis ramah mesra anak2 terengganu dgn MB..ada wakil rakyat,prof2..dan ramai lg lah tali baruk idris jusoh ni..aku rakyat je bkn tali baruk..hak hak...ada ke patut zakat anak terengganu syria dia ckp xada sikit pun tahun ni..geram betullah..hampeh punye kerajaan trganu..negeri lain zakat untuk pelaja kaw2 diorang bg.tp terengganu ni jenis `masuk poket sendiri`..lps je program..walaupun MB trganu ni dikatakan oleh aku sebagai `ngok nget`..aku sempat jgk bergambar dgn dia sebelum balik ke dimasyq..itu sekadar bergambar kenangan je..bil lg nk bergamba dgn MB trengganu yg `ngok nget` mcm tu..ayat quran boleh baca tp terjemah ayat quran banyak yg xkena..konon pandai sgt lah tu..hampeh!!!!..dahlah berucap kat depan mcm sembang kedai kopi je..habis majlis dh thu xdpt zakat,,ape lg..anak2 terengganu syria bt `mogok` lah..salah satu mogok adalah bt rakaman melalui telefon camera..dpn wakil2 kerajaan trganu..ada yg terbeliak mata,ada yg merah muka tgok..hak hak..lgpun kitorang bt suka2 je tp xperasan plak kan ada org tgok..hak hak padan muka..lps tu kitorang terus balik ke dimasyq naik bas SAHARA..expres bas..sampai dlm bas masing2 duk ejek dan kutuk MB sendiri..hak hak..dasar MkedekutB ,islam hadhari konon..mcm2 lah..salah seorang shabab teringat akan perkataan PUEH yg MB sebut td..dgn sepantas kilat perkattan PUEH tu menjadi geli hati budak2 ni..langsung MB trgannu di gelar sebagar MB PUEH!!!..memang patut MB trenganu di gelar dgn panggilan2 yg pelik..sbb MB trganu tu memg pelik..hak hak.padan lah dgn dia sbb benci sgt2 pd pelaja agama..

dh cukup kot nk kutuk MB sendiri..bkn ape..geram sgt..semua benda dia sekat..elok2 zakat ada untuk anak treganu di syria ni dia sekat,mcm2 lg lah..dh lebih teruk dr abu jahal lagi ni..dhlah..nti banyak2 penghuni blog letih dan boan plak nk baca..sampai sini dlu..akhir sekali..SALAM DARI DIMASYQ ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut
..bulan ramadhan al-,mubarrak..wassalam

Saturday, August 25, 2007

sekolahKU...TAMAN ISLAM...

pusat pengajian taman islam telah ditubuhkan pada bulan september tahun 1977 oleh 3orang pengasas iaitu HJ MOHD ZAWAWI ABDULLAH,HJ SHAFIE MUDA,dan..allahyarham UST HJ SULEIMAN ASHAARI..sekolah aku dinamakan pusat pengajian taman islam kemaman,ianya lebih dikenali dgn panggilan taman islam..taman islam mula tubuh pd tahun 1977 diatas sebidang tanah milik al-marhum tuan guru hj abdullah salleh(ayah ust zawawi).asal tanah sekolah taman islam hanya seluas 4ekar sahaja di kampung bakau tinggi,ada segelintir masyarakat yg perihatin pada sekolah agama ni dia sanggup sumbangkan tanah yg berdekatan taman islam sebanyak 4ekar,bermakna taman islam skrg seluas 8ekar semuanya..

pd thun 2002,sekolah taman islam telah menyambut jubli perak sempena ulang tahun yg ke 25 semenjak taman islam ditubuhkan,ramai bekas pelajar taman islam yg hadir termasuklah salah seorang yg ketika itu sedang berjawatan sebagai YB turut sama menjayakan mjlis jubli perak itu.memang tidak disangka sama sekali oleh tenaga pengajar taman ketika itu,dtg seorang bekas pelajar taman islam yg berjawatan tinggi dlm kerajaan terengganu.



mari sama2 kenali pengasas pusat pengajian taman islam kemaman..dgn singkatan..PPTIK!

ust hj zawawi abdullah senang di panggil oleh orang ramai dgn panggilan AYAH DA,beliau salah seorang pelajar di sekolah diniyyah bakriyyah,kelantan..pangkat ayah da pada aku adalah tok seudara..beliau merupakan salah seorang pensyarah yg disegani di kawasan kemaman.hasil perkahwinan beliau dgn 3orang isteri..alllahyarhamah hjh kalsom,hjh rohani dan hjh zaidah mohd..beliu dikurniakan 13 putera dan 8 puteri..beliau sekarang merupakan mudir di sekolah taman islam kemaman.salah seorang puteri beliau sedang nenuntut di jami`ah abu nur,syria..ialah USTAZAH NURASMA` AFIFAH.


ust hj shafie muda pula senang dgn panggilan AYAH CHIK,beliau juga satu sekolah dgn AYAH DA di kelantan,beliau mempunyai 3 orang isteri iaitu puan zaimah,puan shamsiah dan puan nik zaharah nik ismail,anak2 beliau seramai 4orang,2 lelaki dan 2 perempuan..ayah chik juga salah seorang tok saudara aku yg senang aku panggil dgn panggilan TO`KI CHIK..


allahyarham ust hj suleiman dilahirkan pd tahun 1946 di kg sungai nibong,sungai besar,selangor.beliau juga merupakan salah seorang pelajar di sekolah diniyyah bakriyyah,kelantan..kemudiannya allahyarham kembali ke kemaman dan bersama-sama dgn 2 org lg pengasas taman islam untuk menerajui penubuhan taman islam iaitu ust zawawi dan ust shafie..hasil perkahwinan pertama,allahyarham telah dikurniakan 4 putera dan 1 puteri,perkahwinan ke 2 dikurniakan 3putera dan 2puteri..allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1996 pada usia 50tahun beliau..


pada mulanya,pelaja taman islam hanya seramai 30 orang sahaja,tahun kemudian pelaja semakin meningkat seramai 126 orang,pd tahun 1997 taman islam mencatat sejarah apabila seramai 815 orang yg mendaftar ditahun itu..ketika itu aku baru berusia 13 tahun.


TAMAN ISLAM banyak nama yg berkaitan dgn taman islam,termasuklah usrah ANAK TAMAN ISLAM sendiri,anak taman bermaksud anak jati taman islam..salah seorang anak jati taman islam adalah aku,aku dilahirkan ditaman islam dan dibesarkan ditaman islam,kebanyakan anak jati taman islam tamat sekolah di taman islam sendiri.seperti aku dan kwn2 lain yg berada di negara syria ini..NASARUDDIN,M.KHAIR,M.SAID(ketiga-tiga anak kepada allahyarham ust suleiman)dan JAMIL(anak ust zawawi:mudir taman islam)..dua orang anak kpd ust shafie muda telah pun pulang ketanah air pada awal tahun 2007 baru2 ini..


ramai anak2 taman islam yg melanjutkan pelajaran di luar negara seperti syria,mesir,jordan dan sudan,yg berada di syria skrg seramai 5lelaki dan 1 perempuan,tidak termasuk dgn bekas pelajar taman islam.kelima-lima lelaki anak taman islam ni duduk satu rumah di syria bersama dgn 6 orang bekas pelajar taman islam..ahli rumah di syria memberi nama bait anak taman pada rumah yg kami tinggal skrg..

diantara institusi pengajian tinggi luar negara yg memberikan pengiktirafan dan membuka peluang kpd pelajar yg memegang syhadah thanawiah dari sekolah taman islam..ialah:

univ,al-azhar,mesir.
jamia`ah abu nuur,damsyiq,syria.
univ,mu`tah,jordan.
univ,antarabangsa afrika,sudan.
maahad al-furqan,damsyiq,syria.
maahad fatah al-islami,damsyiq,syria.
darul mustafa,hadramaut,yaman.

TAMAN ISLAM juga pernah mencatat sejarah apabila tuanku al-sultan terengganu bekenan untuk melawat sekolah taman islam pada tarikh 3.2.2002..dari situlah ramai masyrakat terkejut apabila melihat isteri kepada tuanku,ape yg masyarakat terkejut pd masa itu adalah tentang tudung isteri tuanku,sebelum menjejak kan kaki puanku ke taman islam,puanku hanya memakai tudung `jambul` didepan..setelah puanku bersalaman dgn pelajar perempuan yg bertudung putih (purdah)dan berjubah..selang beberapa hr puanku sudah berubah dan memakai tudung labuh seperti jilbab.memang semua orang tidak sangka akan perubahan tudung pd puanku al-sultan terengganu dlm sekelip mata sahaja.



perubahan yg berlaku keatas puanku al-sultan semoga m`jadi pengajaran bt mana2 perempuan yg tdk bertudung..`demi masa..sesungguhnya manusia itu didalam kerugian kecuali mereka yg beriman dan beramal soleh,dan yg berpesan dgn kebenaran dan yg berpesan dgn kesabaran`-surah al-ash..sekian dahulu coretan untuk hr ni..ampun maaf di pinta..wassalam:

Wednesday, August 22, 2007

liga piala student 2007...

team pemanis 2007!
selesai sudahlah perlawanan bola sepak liga piala student syria 2007 yg berlangsung selama 2 hari di stadium nidol sina`ah,syria..bermula pagi selasa pada tarikh 21.8.2007 bermula jam 5pg,setelah semua peserta datang tepat pada waktunya di hari pertama maka bermulalah perlawanan pada jam 5.30 pg sebagai mana yg di tetapkan oleh pihak penganjur,sebanyak 8 pasukan yg layak diterima masuk bertanding dlm liga tersebut,salah satu adalah team aku sendiri(pemanis Fc).
antara team2 yg layak masuk ke perlawanan liga piala student ini adalah..`CEREK FC`,`SEPERJO FC`,`BULUH RUNCING`,`PEMANIS FC`,`SETINGGAN MUJTAHID`,NAZRIE FC`,`MEK COMEL FC` dan BEN-DEVIS FC(team thailand)..antara pemain kebanyakan adalah pelajar malaysia..pihak penganjur memilih 8 team terawal yg berdaftar dgn pihak penganjur termasuk team dr thailand,perlawanan ini adalah julung kali diadakan atas nama kesatuan,kebiasaannya perlawanan bola sepak student di bawah nama persatuan pelajar malaysia syria..tapi tahun ini ada kelainan sedikit..


terima kasih atas jasa2 insan yg sudi berbesar hati untuk menjadi penaja liga piala student pada kali ini..tidak disangka sama sekali sambutan liga piala student dibawah laungan kesatuan mahasiswa begitu memeranjatkan pihak penganjur,asalnya pihak penganjur hanya mahu terima sebanyak 5 team sahaja..tetapi oleh kerana terlalu banyak ygberdaftar,pihak penganjur terpaksa mengambil lagi 3team untuk memuaskan peserta yg berdaftar awal..begitu jgk dgn pihak yg sudi menganjur liga piala student..tidak di sangka sampai 6 syarikat dan anak syarikat swasta yg baru ada di negara syria ni..syarikat2 tersebut adalah dari student2 syria sendiri..aku sebagai wakil kerja liga piala student ingin mengucapkan banyak2 terima kasih pada pihak penaja kerana sudi berbesar hati menaja liga student kali ini..

antara syarikat2 yg menaja adalah..(SHAHIN TRAVEL SDN.BDH...QASIUM INTERPRISE...HOMEOPATHY DIMASQ...HELMI & CO...MUZAND TRAVEL SDN.BHD...AL-HAFIZ SDN.BHD..semoga dgn ape yg di bagi oleh syarikat2 tersebut mendapat ganjaran dari allah ta`ala..i`allah


di hari pertama semua team hanya bermain dua game sahaja..team pemanis fc hanya menang sekali dan kalah sekali..aku sebagai penyerang harapan oleh team pemanis dpt bermain dgn baik walaupun keadaan tubuh aku kurang sihat disebb kan demam..oleh kerana tidak mahu tgok semangat team pemanis hilang disbbkan kerana aku..aku terpaksa bermain jgk asalkan team pemanis fc ada semangat dlm perlawanan tersebut..alhamdulilah walaupun team pemanis kecik2 orangnya tetapi tidak menjadi masalah melawan team buluh runcing yg semua student syria thu team itu semua berbadan tegak dan besar..kalah dan menang itu adat dlm setiap perlawanan..begitu jgk dgn perasaan setiap pemain,pasti ada yg naik darah dan bt mcm2 hal..aku xsempat merakamkan detik2 seorang pemain dan penyokong team MEK COMEL FC yg begitu emosi ketika team tersebut melawan team BULUH RUNCING FC..pergaduhan hanya sempat mulut ke mulut je,tidak ada antara pemain yg cedera dlm pergaduhan itu..

selesai bermain di hari kedua,team yg layak ke final adalah team BULUH RUNCING FC dan BEN DEVIS FC(thailand)..sebelum bermulanya final ada antara peserta2 yg sempat bersarapan pg,antara team yg paling awal sarapan adalah team PEMANIS FC..selesai sarapan pihak pengajur memanggil semua peserta dan pemain final untuk bersedia..sedang hangat perlawanan berlangsung antara team thailand dgn BULUH RUNCING,ada satu team yg dh thu dia tidak layak menerima pingat ape2 pun samada mas,gangsa,perak sempat `meminjam` pingat tersebut untuk bergamba..team yg tidak tahu malu tu adalah team PEMANIS FC...hehehe...(team aku lah).. kekenyangan..dah kalah dah!!!
team pemanis berangan...
belakang:thailand ,depan:buluh runcing.


keputasan final menyebelahi team ben-devis 3-1 keatas team buluh runcing..maka sampailah acara kemuncak penbahagian hadiah kepada team yg menang..team yg menang 123..1-BEN-DEVIS FC..2-BULUH RUNCING..3-SETINGGAN MUJTAHID...hadiah disampaikan oleh 3orang penaja yg kebetulan ada melihat sesi final liga piala student..i`allah pihak kesatuan akan menganjurkan lagi perlawanan bola sepak liga piala student di bawah laungan dan sokongan pihak kesatuan mahasiswa syria...klu ada antara team2 yg layak dan terasa nk lwn dgn mana2 team di syria ni..silalah contact..ada dua team yg menawarkan untuk berlawan dgn mana2 team yg mahu..iaitu..team PEMANIS FC dan BULUH RUNCING..hehehe..semoga dgn perlawanan ini jgk merapatkan lg hubungan silaturrahim antara kita sesama pelajar di luar negara..jumpe lagi di tahun hadapan..i`allah...HIDUPKAN KESATUAN MAHASISWA SYRIA..!!!!




bro leman bg hadiah....

Friday, August 17, 2007

kebudayaan dan keayuan gadis arab...

perbezaan antara tiga....

arab dan melayu memg berbeza,apetah lg keayuan gadis2 arab..yg melayu tetaplah menawan..`siapa bilang gadis melayu xmenawan`...tp yg berbeza perempuan arab dgn melayu ada lah dari segi pakaian dan keayuan mereka..bukan nak kutuk bukan nak kata,tp ini adalah hakikat yg nyata..hakikat lagi,nyata lagi..mana2 pun bolehlah..janji faham yek..!!!

banyak gelagat dan karenah perempuan arab yg xpernah saya tgok dan korang x pernah tgok kat malaysia,klu kat malaysia kite pernah tgok anak melayu yg tayang body tepi jalan dgn pakaian yg menjolok mata,dah mcm2 kite tgok kat malaysia jenis perempuan berpakian..ada yg baju ketat seluar jeans,ada pakai skirt baju x berlengan,yg masalahnya ada yg pakai tudung tp pakian lain fuhh...!!!bertaubat lah wahai perempuan2 yg `berbaju tp bertelanjang`..dalam riwayat ada mengatakan..`celakalah bg perempuan2 yg berpakaian tetapi bertelanjang`..

yg nak citenya perbezaan perempuan arb berpakaian dan perangai dia..pernah saya tgok perempuan arab pakai jubah bertudung putih menyedup asap rokok depan org ramai..itu yg bertudung dan berjubah..yg selain tu xthu lah...bayang sendirilah nak berbanding dgn gadis2 lain seperti negara2 eropah..!!!

ape makna disebalik pakaian mereka tu..adakah tradisi mereka ini kite nak ikut..yg baik kite ikutlah..klu nak thu..pakaian jubah dan tudung putih ni memg pakaian asas dia..klu dia bt ape yg dia suka,bg dia xada kena mengena dgn pakaian..yg penting dia happy ape yg dia nak..jgn terkejutlah klu jumpe perempuan arab yg bertudung putih,memg nampak cantiklah klu awek arab ni bertudung..bt perangai yg kite xpernah tgok..hisap rokok depan org ramai..dan banyak lagilah..

di malaysia tanah air kite sendiri pun dah mcm jd negara barat,,ikut suka je nk bt benda xsenonoh di tempat2 awam..ada ke patut anak melayu kite terikut2 perangai barat...sama2lah kite jaga negara kite dari viru
s2 yg mampu membuat anak2 kite terjebak dgn perkara yg kite xmahu berlaku..dah banyak kite dgr benda2 yg langsung xmasuk akal fikiran kite,jadi sama2lah kite beringat selalu..klu nak cari perempuan untuk jadikan teman hidup yg bahagia..carilah yg suci dari gejala yg berlaku skrg..terutama gejala hubungan terlampau..

nasihat lah sesama sendiri..kerana kite semua xdpt lari dr membuat kesalahan diri masing2..klu ada kelemahan dari diri saya..saya memg memerlukan nasihat dan tunjuk ajar dr kawan2 sahabat2..semoga kite semua mendapat keberkatan dari allah ta`ala..amin..


pakai tudung..tp merokok!!!

virus cyber cafe...




nak kate orang lain kuat masuk cc..diri sendiri pun lebih lg kot dari org lain..tp kan klu penyakit ni berterusan memg susah nak pulihkan..penyakit cyber ni memang bahaya klu dah kena,perut xrase lapar,mata xrase ngantuk,org panggil pun jd xdengar..mcm2 lg lah jenis penyakit cyber ni..cuba bayangkan niat nak masuk cyber hanya untuk call family tp bila dah buka YM jadi melekat plak depan screen komputer..niat nak masuk 30mnt terlajak sampai 3jam..memg xingat ape2 dah..klu jenis yg betul2 kaki cyber..buka je youtube mcm2 dia dowload..xsalah lah klu ada yg dowload..yg musykilnya ada yg layan cite cartoon sampai berjam2..yg layan plak dah tua berjanggut dah..tp masih layan cartoon dalam internet...ish2...dasyat2..!!!



bkn orang lain..saya sendiri pun pernah satu hari tu,memg xsangka betul lah..saya dgn 2org roomate saya memg xsedar ape2 hari tu...cuba bayangkan saya dgn diorang masuk cc dr pukul 3pg(cc 24jam)sampai lah langit tu dh nampak awan,tp jgn salah sangka psl solat subuh plak..yg wajib tetap didahulukan..tp nk citenya cyber ni memg virus paling besar bg student yg kaki cyber..


dalam terpengaruh dgn cyber ni..yg wajib tetp saya dahulukan..tp sejaralah bg saya dgn roomate saya hari tu..yelah..xpernah solat subuh dalam cc..tiba2 hari tu boleh jadi solat subuh dlam cc..nasib lah dlm cc ada tempat solat..tp itu pengajaran lah bg saya dan kawan2 yg lain..jgn kite terpengaruh sgt dgn cyber cafe ni..sbb itu virus paling besar klu kite sedang mengaji..

bkn bg student je yg biasa kena virus mcm ni..org yg mutazawwij(dah kawin) pun memg selalu jgk ada yg kena virus ni..memg bahaya betul penyakit virus cyber ni..dah banyak jumpe student dan mutazawwij yg memg biasa kena penyakit virus ni..termasuklah saya sendiri...heheehe..
yang bujang penyakit bujang,yg dah kawin penyakitnya lain sikit dari yg bujang..tp yg penting kite kena ubati penyakit virus cyber ni..jgn biarkan penyakit ni merebat sampai ke tahap maksimun yg tinngi..bahaya!!!

ini sekadar peringatan kite bersama...mana yg baik mana yg buruk kita sama2lah ingat2kan.supaya kite semua xlalai dgn ape yg disuruh dan ape yg dilarang..semoga kite sama2 mengambil iktibar dan tauladan untuk kite teruskan hidup yg mendatang..xsalah nak masuk cc tp jgn lah sampai lalai kat mana kita,dari mana kita,dan ape tujuan kite..ini nasihat kena atas diri sendiri ni..tp pandai2lah fikir2 ape yg baik dan ape yg buruk..

penyakit virus cyber memg xleh nak hapuskan..jd kite kena ubati dgn fikiran kita yg ada supaya kite x`tertido` dalam mimpi yg indah yg datang dari virus cyber cafe..ape yg baik semuanya datang dari allah..yg kurang baik datang dari diri saya sendiri.. wassalam

p/s:
cyber cafe selalu pergi,jangan sekolah korang ponteng plak!!!
termasuk aku lah!!!

Wednesday, August 15, 2007

hari2 makan sayap ayam...




kehidupan student di sini memg baik sekali,xada berlaku perkara2 yg tidak diingini samada dgn pelajar sendiri ataupun penduduk tempatan,ape yg saya tahu,di negara arab ni kite xpernah dgr pun student ajanib mati kelaparan,tp disini bukanlah ada berita kematian atau ape2 berkaitan dgn mati..cuma saya mahu berkongsi keadaan dan pengalaman yg saya ada selama saya berada di bumi syam ni..

kena dgn tajuk di atas,saya nk cerita sikit sebanyak yg saya tahu tentang makanan student syria,banyak pilihan yg ada dijual disini,student boleh pilih ape yg dia nk dan ape yg xnak..beras semestinya ada,makanan laut sudah tentu wujud..ape yg musykilnya adalah harga je,tiap2 mgu harga berlainan,apetah lg harga ayam..kebanyakan bait tullab(rumah pelajar) kat sini banyak yg beli sayap ayam je,terutama sekali ahli bait saya,hari2 makan sayap,saya bersyukur dgn ape yg ada,cuma saya mahu kongsi pengalaman dan keadaan disini..

harga kat sini memg xmenentu,boleh dikatakan hari ni harga lain,esok harga lain plak..luse harga lain plak,sampai tahap klu harga terlalu tinggi,umah kiteorang ni makan roti cicah ape2 yang patut..syukur alhamdulillah..ada jgk untuk dimakan..

student disini kebanyakan makan nasi hanya sekali sehari,makan pd waktu tghari je,waktu malam klu ada rezeki adalah..klu xada ikut perut masing2 lah nk makan ape,mkn mlm klu ikut perut masing2 banyak yg makan indomee..itu je yg paling murah dan paling ringan untuk mkn mlm..itulah dugaan dan cubaan untuk student2 yang jauh dari keluarga...

yg paling untung bila duduk jauh dr keluarga ni adalah pada bulan ramadhan,jasa arab memg xleh nk lawan pd bulan puasa..seolah-olah jiwa mereka terbuka untuk tolong ajaanib pada bulan puasa..dekat nk berbuka je mesti ada yg tekan loceng hulur makanan..kadang2 ada jemputan buka puasa di math`am(restoran) yg mewah2..buka puasa dan sikit sumbangan..itu lah kebaikan hati budi arab dibulan puas

oleh kerana bulan yg mulia iaitu bulan ramdhan dah hampir..sama2 lah kite hidupkan malam2 ramadhan nanti dgn amal ibadah yg banyak dan amal kebajikan yg ikhlas kerana allah ta`ala..i`allah..semoga kite semua mendapat keberkatan dari allah ta`ala..kewajipan yg diwajibkan atas kita jgn sekali-kali kite tinggalkan..sekian..wassalam..

Monday, August 6, 2007

kanak-kanak DUMEX!!!!

gamba kanak-kanak dumex ni sempat saya rakam kan masa berada di jordan baru2 ni..mcm2 ragam kanak2 semasa kenduri pengantin baru antara zaid dan azra..tgoklah gamba2 yg sempat saya tangkap..semuanya kanak-kanak comel..ada yg xada gigi,ada yg pandai posing bila tangkap gamba..mengalahkan model yg ada..tgoklah si mimi yg cute tu..xpayah suruh memg dia pandai posing..ish2 mimi ni...si kakak yg baju putih tu plak mcm pengantin je..nasib baik saya xpakai baju melayu putih..hehehe...ustazah yg atas buaian tu..anak murid dalam kelas..dia atas buai..ish2..xpatut2...adik2 yg xbiasa senyum tu..amal2kan lah senyum selalu..murah rezeki tau klu senyum selalu..bye adik2 yg disayangi... siapa bilang gadis melayu xmenawang????
eratkan hubungan kawan sampai bila2...melayu vs arab jordan.
kanak-kanak iT...chating dgn sape tu mimi??barbie mimi sihat?
senyum itu sedekah...lain kali senyum ye dik klu abg nk ambik gamba...bkn nk ngorat adik!!!

kuatnya mimi...sampai terangkat KAKI..bkn batu yg terangkat...hehehe!!!kuat lagi mimi..

selamat hari lahir mimi barbie pink yg ke5..!!!
oh ye...selamat hari lahir jgk bt piyah yg ke 19..

hah!!!siapa ngaku dia kentut td,boleh mkn kek??hah kantoi!!!
dah lapar sgt..mkn tali pun jadilah..
pengapit pengantin baru..zaid dan azra..!!! cikgu tadika main buaian....
pengantin cilik dari korea!!!!

Tuesday, July 31, 2007

hatiku di qala`ah salahuddin karak....




Sesungguhnya qala'ah ini membuatkan hatiku terpahat selamanya di sini....hati ini jd tenang bila melawat makam2 nabi dan sahabat.aku berasa bertuah kerana dpt melawat beberapa tempat sejarah seperti qala`ah salahuddin di al-karak jordan..aku jgk sempat melawat satu bukit yg begitu menakjub kan kerana di bukit itu ada tertulisnya kalimah allah yg semula jd,bukan ukiran atau buatan mana2 tgn manusia,,ianya memg semula jd di bukit shahabiyah,mu`tah,jordan..banyak lg tempat2 yg aku sempat lawati semasa berada di jordan selama seminggu..kite kena ingat,tempat yg kite lawati bkn sekadar untuk bergamba tp kita kena kenangkan kisah2 zaman sahabat dulu..peristiwa dahulu banyak yg kita tidak tahu,di tempat sejarah lah sedikit sebanyak yg kita dpt tahu ape yg berlaku di zaman dahulu..itu pun klu kita rajin bertanye..klu asyik tangkap gamba je xthu ape tempat tu berlaku dulu,rugilah....sambil bergamba sambil bertye ape tmpat yg kita lawati tu...itu sekadar pengajaran kite bersama..lawati lah tempat2 sejarah dan makam2 nabi dan sahabat2..i`allah kita akan mendapat keberkatan dari allah ta`ala..amin...

jalan2 cari pengalaman...







jauh perjalanan,indah permandangan,banyak pengalaman....



pengalaman syria jordan...


jami`ah mu`tah,jordan adalah jami`ah yg paling ramai pelaja malaysia yg belaja disitu,jamia`ah mu`tah terletak dekat dgn bandar mu`tah,klu kite kite tgok gamba papan tanda ni..jami`ah terletak di sebelah jalan kanan,saya bersempatan melawat kawasan jami`ah bersama kwn yg bernama ust.jimi,dia salah seorg student di jami`ah tersebut..dia lah yg banyak berjasa kepada saya sehingga tidak pernah kira erti penat menolong seorang kwn yg baru di kenali di jordan..dari amman sampailah ke mu`tah..ucapan bebanyak terima kasih ana ucapkan pada ust.jimi yg banyak menolong saya sepanjang saya berada di jordan..tanpa ust.jimi mungkin saya xdpt nk melawati tempat2 dan makam2 nabi di mu`tah jordan...semua ini semoga allah sahaja yg membalasnya..sepanjang perjalanan dr syria sehingga ke amman jordan banyak cubaan dan dugaan yg saya hadapi,yg paling saya takut semasa berada di sempadan syria jordan..yelah..pertama kali musafir seorang diri tanpa kwn2..banyak hal yg kena soal..sampaikan saya di suruh masuk ke bilik polis untuk ambil statement,bayangkan kena tahan seorang diri selama 1jam setengan dalam bilik polis tu,,mcm2 perasaan dh dtg masa tu..sampaikan driver bas ckp yg saya dh xdpt masuk amman..tp allah itu maha kuasa..atas berkat doa supaya allah ta`ala buka pintu hati polis tersebut untuk cop passport saya..akhirnya doa saya dimakbulkan oleh allah..saya selamat mendapat cop jordan dan selamat sampai ke amman jordan..alhamdulillah..banyak lg lah yg nak cite..tp nantilah dalam episod akan dtg..hehehe...semekom..