Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, August 25, 2007

sekolahKU...TAMAN ISLAM...

pusat pengajian taman islam telah ditubuhkan pada bulan september tahun 1977 oleh 3orang pengasas iaitu HJ MOHD ZAWAWI ABDULLAH,HJ SHAFIE MUDA,dan..allahyarham UST HJ SULEIMAN ASHAARI..sekolah aku dinamakan pusat pengajian taman islam kemaman,ianya lebih dikenali dgn panggilan taman islam..taman islam mula tubuh pd tahun 1977 diatas sebidang tanah milik al-marhum tuan guru hj abdullah salleh(ayah ust zawawi).asal tanah sekolah taman islam hanya seluas 4ekar sahaja di kampung bakau tinggi,ada segelintir masyarakat yg perihatin pada sekolah agama ni dia sanggup sumbangkan tanah yg berdekatan taman islam sebanyak 4ekar,bermakna taman islam skrg seluas 8ekar semuanya..

pd thun 2002,sekolah taman islam telah menyambut jubli perak sempena ulang tahun yg ke 25 semenjak taman islam ditubuhkan,ramai bekas pelajar taman islam yg hadir termasuklah salah seorang yg ketika itu sedang berjawatan sebagai YB turut sama menjayakan mjlis jubli perak itu.memang tidak disangka sama sekali oleh tenaga pengajar taman ketika itu,dtg seorang bekas pelajar taman islam yg berjawatan tinggi dlm kerajaan terengganu.



mari sama2 kenali pengasas pusat pengajian taman islam kemaman..dgn singkatan..PPTIK!

ust hj zawawi abdullah senang di panggil oleh orang ramai dgn panggilan AYAH DA,beliau salah seorang pelajar di sekolah diniyyah bakriyyah,kelantan..pangkat ayah da pada aku adalah tok seudara..beliau merupakan salah seorang pensyarah yg disegani di kawasan kemaman.hasil perkahwinan beliau dgn 3orang isteri..alllahyarhamah hjh kalsom,hjh rohani dan hjh zaidah mohd..beliu dikurniakan 13 putera dan 8 puteri..beliau sekarang merupakan mudir di sekolah taman islam kemaman.salah seorang puteri beliau sedang nenuntut di jami`ah abu nur,syria..ialah USTAZAH NURASMA` AFIFAH.


ust hj shafie muda pula senang dgn panggilan AYAH CHIK,beliau juga satu sekolah dgn AYAH DA di kelantan,beliau mempunyai 3 orang isteri iaitu puan zaimah,puan shamsiah dan puan nik zaharah nik ismail,anak2 beliau seramai 4orang,2 lelaki dan 2 perempuan..ayah chik juga salah seorang tok saudara aku yg senang aku panggil dgn panggilan TO`KI CHIK..


allahyarham ust hj suleiman dilahirkan pd tahun 1946 di kg sungai nibong,sungai besar,selangor.beliau juga merupakan salah seorang pelajar di sekolah diniyyah bakriyyah,kelantan..kemudiannya allahyarham kembali ke kemaman dan bersama-sama dgn 2 org lg pengasas taman islam untuk menerajui penubuhan taman islam iaitu ust zawawi dan ust shafie..hasil perkahwinan pertama,allahyarham telah dikurniakan 4 putera dan 1 puteri,perkahwinan ke 2 dikurniakan 3putera dan 2puteri..allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1996 pada usia 50tahun beliau..


pada mulanya,pelaja taman islam hanya seramai 30 orang sahaja,tahun kemudian pelaja semakin meningkat seramai 126 orang,pd tahun 1997 taman islam mencatat sejarah apabila seramai 815 orang yg mendaftar ditahun itu..ketika itu aku baru berusia 13 tahun.


TAMAN ISLAM banyak nama yg berkaitan dgn taman islam,termasuklah usrah ANAK TAMAN ISLAM sendiri,anak taman bermaksud anak jati taman islam..salah seorang anak jati taman islam adalah aku,aku dilahirkan ditaman islam dan dibesarkan ditaman islam,kebanyakan anak jati taman islam tamat sekolah di taman islam sendiri.seperti aku dan kwn2 lain yg berada di negara syria ini..NASARUDDIN,M.KHAIR,M.SAID(ketiga-tiga anak kepada allahyarham ust suleiman)dan JAMIL(anak ust zawawi:mudir taman islam)..dua orang anak kpd ust shafie muda telah pun pulang ketanah air pada awal tahun 2007 baru2 ini..


ramai anak2 taman islam yg melanjutkan pelajaran di luar negara seperti syria,mesir,jordan dan sudan,yg berada di syria skrg seramai 5lelaki dan 1 perempuan,tidak termasuk dgn bekas pelajar taman islam.kelima-lima lelaki anak taman islam ni duduk satu rumah di syria bersama dgn 6 orang bekas pelajar taman islam..ahli rumah di syria memberi nama bait anak taman pada rumah yg kami tinggal skrg..

diantara institusi pengajian tinggi luar negara yg memberikan pengiktirafan dan membuka peluang kpd pelajar yg memegang syhadah thanawiah dari sekolah taman islam..ialah:

univ,al-azhar,mesir.
jamia`ah abu nuur,damsyiq,syria.
univ,mu`tah,jordan.
univ,antarabangsa afrika,sudan.
maahad al-furqan,damsyiq,syria.
maahad fatah al-islami,damsyiq,syria.
darul mustafa,hadramaut,yaman.

TAMAN ISLAM juga pernah mencatat sejarah apabila tuanku al-sultan terengganu bekenan untuk melawat sekolah taman islam pada tarikh 3.2.2002..dari situlah ramai masyrakat terkejut apabila melihat isteri kepada tuanku,ape yg masyarakat terkejut pd masa itu adalah tentang tudung isteri tuanku,sebelum menjejak kan kaki puanku ke taman islam,puanku hanya memakai tudung `jambul` didepan..setelah puanku bersalaman dgn pelajar perempuan yg bertudung putih (purdah)dan berjubah..selang beberapa hr puanku sudah berubah dan memakai tudung labuh seperti jilbab.memang semua orang tidak sangka akan perubahan tudung pd puanku al-sultan terengganu dlm sekelip mata sahaja.



perubahan yg berlaku keatas puanku al-sultan semoga m`jadi pengajaran bt mana2 perempuan yg tdk bertudung..`demi masa..sesungguhnya manusia itu didalam kerugian kecuali mereka yg beriman dan beramal soleh,dan yg berpesan dgn kebenaran dan yg berpesan dgn kesabaran`-surah al-ash..sekian dahulu coretan untuk hr ni..ampun maaf di pinta..wassalam:

11 comments:

SoFie NuR said...

Taman Islam tetap dlm ingatan...:)

Anonymous said...

Catatan yang bagus...teruskan mencatat kerana ramai yang tidak tau. Seperti akak...nama Taman Islam mmg famous...tapi details akak tak tau sangat. Tq for sharing.

nitizen said...

teringat aku kat jamban tepi RAK :)
-edz1 gombak

Quyyah said...

huhuhuhu rindunya kat taman Islam
semoga taman Islam dan penduduk blok a dan b di redoi allah...amin

thinkpositivex23 said...

salam...rindu kt taman islam

salam khair

-zabri

fuad said...

saya salah satu pelajar pusat pengajian taman islam....tapi x kenal ar awak...tapi nama yg awak sebut sume saya kenal...1 class plak ngan dorang..

lie said...

semoga taman islam terus berjaya.. insyaallah

lie said...

semoga taman islam terus berjaya.. insyaallah

Unknown said...

Sye sngat brminat nk tahu lebih lanjut pasal pptik..harap dpt brkongsi lagi ye

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Sye sngat brminat nk tahu lebih lanjut pasal pptik..harap dpt brkongsi lagi ye